Malaysia Dateline

Pakatan baharu: PKR pertahan mandat rakyat, setia pada PH

PKR hari ini menyatakan pendirian mereka berhubung isu dakwaan kemungkinan wujudnya pakatan baharu tidak lama lagi.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, berkata parti itu akan mempertahankan mandat yang diberi oleh rakyat pada PRU-14 lalu.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru itu berkata, PKR juga akan bersetia dengan persefahaman serta perjanjian yang dimeterai dengan Pakatan Harapan (PH).

“PKR bersikap setia kepada PH dan kami akan mempertahankan mandat diberi rakyat pada 2018,” dipetik Malaysiakini.

Bagaimanapun, Saifuddin tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut dibuat ketika sesetengah pihak percaya akan wujud persefahaman baru membabitkan Umno dan Bersatu serta Pas.

Difahamkan juga, Umno bakal bermesyuarat mengenai hal itu esok.