Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pakatan Harapan akan bincang pengganti Maszlee

Pakatan Harapan akan bincang pengganti Maszlee

Oleh BERNAMAJanuary 4, 2020 6:16 pm




Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan perbincangan bersama bagi mencari pengganti kepada Dr Maszlee Malik yang telah meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim yang juga Menteri Kewangan berkata adalah lebih baik perkara itu diadakan perbincangan terlebih dahulu kerana semua komponen parti dalam PH mempunyai pandangan masing-masing.

“Saya rasa lebih baik kita bincang bersama dalam PH. Semua ada pandangan, biar kita bincang…itu lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian menaik taraf Blok 826 Kuarters Kastam Bagan Jermal, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan yang meminta pengganti Maszlee dilantik dalam kalangan ahli akademik untuk mengemudi kementerian itu.

Maszlee mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa semalam dalam sidang media di pejabatnya di kementerian itu, pada Khamis.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung desas-desus yang menyatakan Datuk Seri Mustapa Mohamed antara nama yang disebut untuk menggantikan Maszlee, Lim berkata beliau tidak tahu berhubung perkara itu.

“Saya tidak tahu siapa yang akan dilantik kerana saya bukan Perdana Menteri…tetapi saya yakin ianya (pengganti) tentulah seseorang dari Pakatan Harapan,” katanya.

Terdahulu, pada program itu, Lim berkata kuarters yang dibina pada tahun 1969 itu sudah tidak diduduki sejak 1990-an lagi kerana terdapat unit rumah dalam keadaan teruk.

Beliau berkata kos pembaikan kuarters itu sebanyak RM438,000 dan kerajaan Pakatan Harapan akan terus komited untuk mengenalpasti serta membaiki unit-unit rumah sedemikian bagi tujuan keselesaan penghuninya.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Terkini

Nazri Aziz dijangkiti Covid-19 jalani kuarantin di Kelantan

Gesaan sidang Parlimen, Ahmad Maslan dibidas sekongkol dengan Anwar

Pakej bantuan ‘semangkuk cendol’ PN penuhi selera tapi tidak mengenyangkan

Kisah Bangla mati, Sahalam dan bhabi

Pakej bantuan ekonomi diumum Muhyiddin abai industri pelancongan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production