Malaysia Dateline

Pakatan Harapan beri sokongan padu kepada kepimpinan Mahathir, kata Azmin

Tidak timbul isu undi tidak percaya, malah Pakatan Harapan memberi sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata isu kegagalan Menteri Kewangan atau menteri-menteri Kabinet lain juga tidak timbul, memandangkan Jemaah Menteri melaksanakan tugas secara kolektif.

“Di dalam Jemaah Menteri kita bincang secara muafakat… dan muafakat itulah yang telah membawa kejayaan,” katanya pada sesi soal-jawab di Dewan Rakyat hari ini.- BERNAMA