Pakatan Harapan disaran tidak keluarkan kenyataan terbuka parti rakan

Pakatan Harapan disaran tidak keluarkan kenyataan terbuka parti rakan

Pemimpin Pakatan Harapan diingatkan tidak perlu lagi mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai parti-parti rakan yang boleh disalahtafsir sebagai berlakunya pergolakan dalam gabungan tiga parti itu demikian pandangan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Perjanjian membabitkan tujuh fasal yang harus dipatuhi oleh parti gabungan dalam Pakatan Harapan telah dimeterai hari ini.

Pemimpin Pakatan Harapan diingatkan tidak perlu lagi mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai parti-parti rakan yang boleh disalahtafsir sebagai berlakunya pergolakan dalam gabungan tiga parti itu demikian pandangan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Justeru pemimpin Pakatan Harapan diingatkan agar kembali kepada prinsip dan kaedah dalam Perjanjian Pakatan Harapan yang dimeterai hari ini jika berlaku sebarang pertikaian dalam Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

“Setiap gerak geri kita diperhatikan. Kajiselidik terkini secara umumnya sepakat bahawa rakyat sedang menolak Umno- Barisan Nasional (BN) tetapi mereka juga kurang selesa dengan kejituan Pakatan Harapan sebagai pengganti Umno-BN kerana disifatkan sering bergolak,” kata Wan Azizah  ketika berucap di Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Fasal 3 Perjanjian Pakatan Harapan menghuraikan prinsip tolak ansur antara ketiga-tiga parti dan prinsip tiada campur tangan dalam urusan parti masing-masing yang diguna pakai untuk menetapkan kaedah-kaedah menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul dalam Pakatan Harapan.

Wan Azizah juga berkata, Perjanjian Pakatan Harapan hari ini akan memberi laluan kepada Pakatan Harapan untuk menumpukan usaha membangunkan satu kerangka dasar-dasar bersama yang lebih jitu, realistik dan radikal sebagai alternatif kepada pelbagai kerosakan yang dimulakan oleh Umno-BN.

Beliau berkata, Pakatan Harapan akan mula membentangkan program-program politik, ekonomi dan sosialnya bermula Mac secara berperingkat sehingga kemuncaknya yang dijangkakan pada Jun depan dengan pelancaran Dasar-Dasar Bersama Pakatan Harapan semasa Konvensyen Pakatan Harapan 2016.

“Tujuan kita membuat pembentangan polisi secara berperingkat untuk memastikan rakyat dan pimpinan dapat menghadamkan idea ini dengan lebih berkesan kerana kita tahu polisi ini menjadi begitu penting kesan keadaan yang genting dalam negara berikutan pelbagai kerosakan yang berlaku di bawah pentadbiran sekarang,” katanya.

Hari ini telah berlangsung Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan untuk memberi fokus kepada tujuh perkara utama yang menjadi pra-syarat kepada pembinaan sebuah kesatuan politik mampan antara Amanah, PKR dan DAP yang akan menegenepikan kepentingan politik masing-masing.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli membentangkan tiga fasal pertama iaitu keputusan bersama; pembinaan kesatuan politik dan penyelesaian pertikaian.

Setiausaha Organisasi Nasional DAP Anthony Loke Siew Foke pula membentangkan fasal empat dan lima iaitu dasar-dasar bersama dan perjalanan pilihan raya.

Manakala fasal enam dan tujuh iaitu perjalanan kerajaan dan pembangkang serta keabsahan Pakatan dibentangkan oleh Setiausaha Organisasi Amanah Suhaizan Kaiyat.

TAGS