Pakatan Harapan harus waspada golongan parasit, kata AMK

Pakatan Harapan harus waspada golongan parasit, kata AMK

Syed Badhli Shah Syed  Osman

Pakatan Harapan (PH) harus waspada terhadap golongan parasit yang hanya muncul selepas PH berada di puncak kuasa,kata Setiausaha AMK Syed Badli Shah Syed Osman.

Beliau yang mengelarkan pihak daripada parti Umno-BN sebagai ‘golongan parasit’ itu tidak seharusnya dilayan dan diberikan tempat.

” Mereka adalah golongan hipokrit yang hanya mahukan kuasa dan bukannya membawa agenda perjuangan rakyat.

“Sebaliknya PH perlu saling mengenang jasa para pejuang dan aktivis politik yang telah sekian lama berjuang menentang Umno dan Barisan Nasional.

“Terdapat mereka yang sudah mula berjuang sejak kebangkitan Reformasi 1998 lagi dan perjuangan mereka begitu konsisten bagi melawan rejim Umno dan BN sehingga kini.

“Tentunya kecekalan dan pengorbanan mereka yang menjadi faktor kejatuhan terhadap Umno dan BN sehingga memuncakan kemarahan rakyat untuk menzahirkan penolakan terhadap BN pada pilihanraya yang lalu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, para pejuang dan aktivis politik hari ini tidak seharusnya mendabik dada jika mereka hanya muncul sewaktu kempen pilihan raya dan kemudiaannya berhujah kononnya perjuangan merekalah yang membawakan kemenangan.

Bahkan katanya lagi, kemenangan PH hari ini adalah kerana tsunami rakyat yang bangkit menolak rejim Umno dan BN.

“Tentunya ini adalah hasil titik peluh mereka yang telah berjuang dan berkorban sekian lama sehingga berjaya membuka mata rakyat.

“Para pimpinan Pakatan Harapan harus mengiktiraf perjuangan mereka sebagai tunjang kekuatan Pakatan Harapan hari ini.

“Mengenepikan mereka yang telah sekian lama berjuang dan kemudiannya memberi laluan kepada mereka yang baru muncul, dikhuatiri akan menggagalkan usaha PH untuk mempertahankan kemenangan kelak,” ujarnya.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS