Pakatan Harapan hanya serpihan dan rasis, kata pesuruhjaya Pas Perak

Pakatan Harapan hanya serpihan dan rasis, kata pesuruhjaya Pas Perak

Pakatan Harapan (PH) hanya dilihat sebagai parti serpihan dan rasis khususnya kepada orang Melayu Perak, dakwa Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dalam satu kenyataannya hari ini.                            

Oleh itu, katanya, PH tidak akan mendapat sokongan undi Melayu dan tidak mungkin mendapat 100 peratus daripada undi kaum Cina yang hanya 24 peratus daripada keseluruhan pengundi.

“Adakah mereka telah membuat pengiraan? Berapa peratuskah sokongan mengikut komposisi kaum yang Pakatan Harapan (PH) akan perolehi?

“Sekiranya PH berdegil, mereka merupakan pembantu kepada Umno BN,” dakwa Razman dalam kenyataannya.

Bagi beliau, sejarah hilang kerajaan negeri yang berpunca daripada pengkhianatan atau lompat parti masih segar dalam ingatan.

Razman mendakwa, Parti Amanah Negara (Amanah) begitu ghairah untuk bertanding, begitu juga sekutu mereka DAP. 

.

TAGS