Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pakatan Harapan Johor umum genap 28 Adun bersama

Pakatan Harapan Johor umum genap 28 Adun bersama

AMNI JAGATFebruary 27, 2020 10:05 pm




Pakatan Harapan (PH) Johor malam ini mengumumkan bahawa 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor kini teguh bersama dengan kepimpinan gagasan tersebut.

Menurut Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor dalam satu sidang media sebentar tadi, kesemua ADUN terbabit terdiri daripada AMANAH (9), PKR (5) dan DAP (14) yang bersetuju menyatakan sokongan terhadap kepimpinan PH Johor.

Hal itu sekali gus menafikan dakwaan bahawa PH Johor hilang majoriti selepas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Sahruddin Jamal pada petang tadi menyatakan mereka cukup majoriti untuk membentuk kerajaan.

Sementara itu, ADUN PKR Pemanis, Dr Chong Fat Full yang sebelum ini didakwa telah menandatangani akuan bersumpah menyokong gabungan baharu Bersatu, BN dan Pas turut hadir untuk memberikan sokongan kepada PH Johor.

Hal ini bermakna terdapat 28 ADUN dari PH dan 28 ADUN lagi dari gabungan baharu Bersatu, BN dan Pas.

Ekoran itu, tiada sebarang kumpulan yang mampu membentuk kerajaan di negeri Johor kerana kedua-duanya berada dalam keadaan bukan ‘majoriti mudah’.

Petang tadi, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilapor berpuas hati dengan cadangan penubuhan kerajaan negeri yang baharu gabungan Bersatu, Umno, MIC dan Pas.

Setiausaha Sulit Sultan Johor, Datuk Jaba Mohd Noah, berkata hasil temubual baginda dengan 54 ADUN yang hadir menghadap semalam, seramai 28 ADUN memilih gabungan baharu, manakala 26 memilih PH.

Daripada 56 ADUN di Johor, dua tidak dapat hadir ke istana semalam adalah ADUN AMANAH Simpang Jeram, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan ADUN Bersatu Puteri Wangsa, Mazlan Bujang.

Terdapat 28 ADUN di Johor sepakat menyokong PH.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production