Malaysia Dateline

Pakatan Harapan kekalkan logo asal untuk PRU-15

Pakatan Harapan akan menggunakan logonya yang ada sekarang untuk pilihan raya umum ke 15 akan datang walaupun dalam masa yang sama bersetuju menukar logonya.

“Mesyurat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini bersetuju menukar logonya.

“Namun oleh kerana masa yang singkat untuk berhadapan dengan pilihan raya, kita akan menggunakan logo yang ada untuk pilihan raya umum ke 15 ini,” kata Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian dalam sidang media yang diadakan sebaik sahaja selesai mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di bangunan Parlimen petang ini.

Turut serta dalam sidang media itu adalah Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.