Pakatan Harapan kesal SPR berat sebelah

Pakatan Harapan kesal SPR berat sebelah

Tindakan pegawai SPR yang mengganggu petugas Pakatan Harapan (PH) di tempat mengundi SMK Bandar Sri Sendayan amat dikesali.

Senator Aiman Athirah berkata, pegawai SPR yang bertugas mendekati pondok PH dan mengarahkan supaya bendera yang dipasang segera diturunkan.

Aiman Athirah (jaket Harapan) sedang berunding dengan wakil SPR

Pada masa sama, petugas Barisan Nasional (BN) pula dibiar terus berkempen dalam kawasan kurang 50 meter dari tempat pengundian.

“Ini tidak adil dan berat sebelah. Kalau SPR arahkan kami turunkan bendera, mengapa petugas BN dibiarkan berkempen dalam jarak yang kurang dari ketetapan undang-undang?” ujarnya.

Turut dikesali apabila pegawai SPR memberi keizinan kepada petugas BN untuk memasang pondok panas pada jarak kurang 30 meter.

Pondok BN yang didirikan hampir dengan PH boleh cetus provokasi

Athirah menyatakan kebimbangan dari segi keselamatan dan provokasi yang boleh tercetus antara kedua-dua belah pihak.

“Jangan buka ruang pergaduhan. SPR sepatutnya bertindak bijak dengan huraikan kekusutan.

“Tetapi apabila BN dibenarkan mendirikan khemah berdekatan PH, ini akan mengundang pergaduhan,” tegasnya lagi.