Pakatan Harapan mahu parti pembangkang Sabah dan Sarawak bersatu

Pakatan Harapan mahu parti pembangkang Sabah dan Sarawak bersatu

Pakatan Harapan mahu usaha untuk mengulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang perlu disertai parti-parti politik pembangkang di Sabah dan Sarawak, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohd Azmin Ali.

 

Datuk Seri Mohd Azmin AliPakatan Harapan mahu usaha untuk mengulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang perlu disertai parti politik pembangkang di Sabah dan Sarawak kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohd Azmin Ali.

Beliau berkata kewajaran mewujudkan gabungan bersama parti di Sabah dan Sarawak itu untuk memenuhi hasrat pembangkang mengambil alih kerajaan.

“Ada kewajaran dan sudah tentulah beberapa parti lain di Sabah dan Sarawak diwujudkan kerjasama dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita mahu melihat satu kekuatan baharu dikalangan parti pembangkang sama ada dalam Pakatan Harapan mahu pun di luar pakatan untuk menjana semangat baharu dan kekuatan baharu menghadapi BN.

“Kita mahu semua parti politik bersedia untuk melakukan perubahan dalam negara sudah tentu parti politik pembangkang di Sabah dan Sarawak penting untuk wujudkan kerjasama ini.

“Perbincangan harus dilakukan dari awal,” ujarnya ketika diminta mengulas saranan Tun Dr Mahathir Mohamad  dalam ucapannya  pada Majlis Perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi, yang mahukan parti pembangkang bersatu untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Menteri Besar Selangor itu ketika ditanya berkaitan dengan manifesto yang akan dibawa oleh Bersatu sekiranya pembangkang berjaya mengambil alih kepimpinan negara, Azmin optimis menyatakan cadangan yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya itu perlukan perbincangan.

” Manifesto Bersatu akan kita bincang bersama dalam Pakatan Harapan.

“Sebahagian besarnya sudah jadi dasar PKR dan Pakatan Harapan seperti menghadkan kuasa perdana menteri dan meletakkan jabatan audit terus di bawah parlimen.

“Tetapi jika ada perkara baharu dicadangkan dan tidak lari daripada gagasan reformasi yang dibawa oleh PKR dan Pakatan Harapan tidak jadi masalah manifesto Bersatu itu,

“Kalau itu diterima ia dapat mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada tetapi beberapa perkara dicadangkan itu dilihat perlukan reformasi secara menyeluruh.

“Ini kerana Kehadiran kita bukan untuk menempel kekurang BN kita nak melakukan reformasi secara menyeluruh menuntut perkara baharu dan dasar baharu yang adil sertaterbuka jika kita menang,” ujarnya.

Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap sekiranya kerajaan baharu diwujudkan antaranya akan mengembalikan negara kepada sistem demokratik yang menghormati pemerintahan mengikut undang-undang.

Selain kebebasan media,politik,pemansuhan GST, menyelidiki 1MDB,pembelian tanah orang asing,salahguna kuasa dalam jabatan dan agensi kerajaan, kemiskinan dikurangkan dan dasar bebas daripada ikatan blok dunia ketiga.

 Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan ucapannya perkata  ia  sebagai saranan manifesto dalam pilihan raya umum akan datang yang dicadangkan Bersatu kepada Pakatan Harapan.

Bagi Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, itu pandangan pemimpin Bersatu dan ia perlukan perbincangan.

“Kita akan bincang kerana itu pandangan Tun Mahathir dan Muhyiddin sama ada ia sesuai dimasukkan dalam manifesto bersama Pakatan Harapan kelak.

“Kita akan bincang di majlis mesyuarat pakatan kelak,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis pelancaran parti  Bersatu antaranya Presiden Amanah Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir, Naib Presiden Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, Ahli Parlimen Seputih Teresa Kok dan wakil parti Warisan dari Sabah serta NGO yang menyokong penubuhan Bersatu.

Bersatu, parti serpihan Umno ini ditubuhkan pada 9 September 2016 lalu yang diasaskan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

TAGS