Pakatan Harapan Perak setuju tanding satu kerusi saja, Pas satu

Pakatan Harapan Perak setuju tanding satu kerusi saja, Pas satu

Pakatan Harapan (PH) peringkat negeri Perak bersetuju mengesyorkan antara dua kerusi yang akan mengadakan pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Pakatan akan bertanding satu kerusi sahaja dan memberi peluang kepada PAS utk bertanding dikerusi yang lain.

Keputusan itu diambil pada mesyuarat PH Perak hari ini dan menganggap cadangan sedemikian adalah bukti keikhlasan Pakatan Harapan untuk memastikan satu lawan satu dalam kedua-dua PRK tersebut.

“Pakatan Harapan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan satu lawan satu dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar demi memastikan kemenangan untuk rakyat,” kata kenyataan sekrretariat PH bagi jentera PRK Kuala Kangsar yang diketuai ketua pembangkang Dun Perak, Dato Seri Ir Mohd Nizar bin Jamaluddin.

Kenyataan itu menyebut sebagai persiapan menghadapi PRK pada 18/6/16, Pakatan Harapan Perak telah menubuhkan jawatankuasa kerja PRK Kuala Kangsar yang dipengerusikan oleh ketua pembangkang dewan undangan negeri Perak, Dato Seri Ir Mohd Nizar bin Jamaluddin dan anggota jawatankuasa tersebut termasuk Ahli parlimen Lumut, Laksamana Imran(PKR) dan ADUN Tronoh Yong Choo Kiong(DAP).

Pakatan Harapan katanya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan satu lawan satu dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar demi memastikan kemenangan untuk rakyat.

“Semua komponen Pakatan Harapan berjanji akan menggerakkan semua jentera pilihanraya parti masing-masing utk memastikan kemenangan rakan dalam Pakatan seandainya wakil Pakatan diberi peluang untuk bertanding samada di Kuala Kangsar atau Sungai Besar,” katanya.

Menurutnya pendirian PH Perak bagi mempastikan pertandingan satu lawan satu.

“Apa pun, mesyuarat Pakatan Harapan nasional pagi esok akan membuat pertimbangan secara mendalam,” katanya.

TAGS