Pakatan Harapan Perak umum senarai jawatankuasa

Barisan kepimpinan Pakatan Harapan Perak.

Pakatan Harapan (PH) Negeri Perak mengumumkan barisan kepimpinan jawatankuasa gabungan itu siang tadi.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PH merangkap Pengerusi Bersatu Perak Ahmad Faizal Azumu di Pejabat Bersatu Perak, Bandar Meru.

Ketiga-tiga Pengerusi AMANAH, PKR dan DAP dilantik sebagai Timbalan Pengerusi iaitu Asmuni Awi (AMANAH), Senator Dr Mohd Nur Manutty (PKR) dan Ngar Kor Ming (DAP).

Manakala Timbalan pengerusi DAP Negeri, V Sivakumar dilantik sebagai Ketua Sekretariat dan Naib Pengerusi PKR Negeri Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid pula sebagai Bendahari.

Jawatan Ketua Pemuda pula disandang oleh Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang merupakan Ketua Pemuda AMANAH Perak sementara Penolong Setiausaha Publisiti DAP Perak Wong May Ing sebagai Ketua Wanita.

Timbalan Pengerusi AMANAH Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya dan Naib Pengerusi PKR Negeri Chang Lih Kang pula memegang jawatan Ketua Penerangan.

Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa PH Perak:

Datuk Ngeh Koo Ham
Wong Kah Woh
Abdul Yunus Jamhari
Dr. Muhaimin Sulam
Dr. Fakhruldin Mohd Hashim
Mohd Ibrahim Hanafiah
Mohd Azni Mohd Ali
Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh

CATEGORIES
TAGS