Pakatan Harapan selesai bentang tujuh fasal perjanjian

Pakatan Harapan selesai bentang tujuh fasal perjanjian

Majlis Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan pagi ini selesai membentangkan tujuh fasal perjanjian Pakatan Harapan daripada setiausaha tiga parti iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Persidangan Pakatan Harapan hari ini membentangkan tujuh fasal perjanjian Pakatan Harapan daripada setiausaha tiga parti iaitu Amanah, PKR dan DAP.Majlis Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan pagi ini selesai membentangkan tujuh fasal perjanjian Pakatan Harapan daripada setiausaha tiga parti iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli  membentangkan tiga fasal pertama iaitu keputusan bersama; pembinaan kesatuan politik dan penyelesaian pertikaian.

“Prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju tidak lagi boleh digunakan dalam Pakatan Harapan. Oleh itu sebarang perlanggaran ke atas keputusan bersama yang telah dipersetujui dikira sebagai perlanggaran perjanjian ini,” katanya.

Setiausaha Organisasi Nasional DAP Anthony Loke Siew Foke pula membentangkan fasal empat dan lima iaitu dasar-dasar bersama dan perjalanan pilihan raya.

Dalam dasar bersama Pakatan Harapan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang mana Islam sebagai agama rasmi dan agama lain boleh diamalkan dengan aman sejajar dengan Perkara 3.Selain melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

“Pakatan Harapan akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Harapan dalam sesuatu pilihan raya di mana-mana peringkat.

“Majlis presiden perlu mempertimbangkan faktor parti manakah yang mempunyai kebarangkalian yang paling tinggi untuk menang dalam pilihan raya tersebut,” katanya.

Manakala fasal enam dan tujuh iaitu perjalanan kerajaan dan pembangkang serta keabsahan Pakatan dibentangkan oleh Setiausaha Organisasi Amanah Suhaizan Kaiyat.

“Fasal tujuh Perjanjian Pakatan Harapan menghuraikan prinsip yang diguna pakai untuk menentukan status Pakatan Harapan sekiranya ada pelanggaran mana-mana perkara yang telah dipersetujui dalam perjanjian Pakatan Harapan, bagi melindungi kerjasama dan agar perkara tidak elok tidak berlaku pada masa akan datang.

“Kita belajar daripada kesilapan Pakatan Rakyat dulu, tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan ke atas parti yang melanggar perjanjian,” katanya.

Hari ini berlansung Persidangan Pakatan Harapan yang mana pemimpin tiga parti gabungan telah bersama memeterai perjanjian yang memfokuskan tujuh fasal utama yang menjadi pra-syarat kepada pembinaan sebuah kesatuan politik mampan membabitkan Amanah, PKR dan DAP.

Persidangan julung kali bagi Pakatan Harapan ini diadakan di Dewan Plenari, SACC Mall di Shah Alam hari ini.

TAGS