Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pakatan Harapan tidak pernah berundur, yakin pertahan mandat rakyat

Pakatan Harapan tidak pernah berundur, yakin pertahan mandat rakyat

Oleh AKMAL MANAF Foto WAN ZAHARI WAN SALLEHMarch 10, 2020 1:45 pm




Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah berundur dalam perjuangan kerana mempunyai mandat rakyat.

Sama ada sebagai kerajaan atau pun hak yang dirompak, beliau yakin mandat daripada rakyat itu akan dapat dipertahankan.

“Maka kami akan teruskan. Kami akan membawa beberapa tindakan antaranya ialah, semua yang berlaku ini hanya Parlimen sahaja yang boleh menguji sejauh mana Perdana Menteri kelapan itu mempunyai majoriti.

“Orang boleh kata macam-macam seperti kamu lemah, sebab itulah orang masuk pintu belakang, tetapi hakikatnya pintu belakang itu adalah gambaran pembentukan sebuah kerajaan yang tidak demokratik, yang tidak mendapat mandat rakyat dan juga boleh menimbulkan keadaan tidak stabil.

“Kami tetap akan membawa usul tidak percaya (di Dewan Rakyat nanti),” katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, PH juga akan menerangkan kepada rakyat apa yang berlaku.

“Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menjelaskan kepada orang ramai agar mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku,” katanya kepada Malaysia Dateline ketika ditemui baru-baru ini.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar itu menambah, sesi penjelasan itu juga sudah bermula di kawasan Parlimen masing-masing.

“Saya sudah mula di Parit Buntar. Kami akan terus menjelaskan kepada rakyat di seluruh negara.

“Jadi, bagi Pakatan Harapan, saya menjangkakan episod seterusnya adalah kembali kepada rakyat sekali gus terus menyatakan bahawa kami bersama-sama mempertahankan mandat rakyat.

“Sebarang kemungkinan yang berlaku seperti pilihan raya segera atau pun tindakan yang lebih keras oleh pihak berkuasa, semua itu kami akan hadapi dengan tenang insyaAllah,” ujarnya lagi.

Kerajaan PH tumbang ekoran tindakan Bersatu meninggalkan gabungan parti itu pada 24 Februari lalu, sehari selepas Langkah Sheraton.

Gerakan didalangi bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu disokong Umno, Pas dan sebahagian besar Bersatu.

Pembentukan kerajaan pintu belakang, Perikatan Nasional (PN) turut dianggotai Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan pengumuman barisan jemaah menteri diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Ugut tembak, pecah pasu bunga masjid, bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Setpol Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Kabur soal calon PM rencatkan Grand Coalition

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production