Pakatan Harapan tolak TPPA kerana hakis perlembagaan, menindas rakyat dan faedah ekonomi terhad

Pakatan Harapan tolak TPPA kerana hakis perlembagaan, menindas rakyat dan faedah ekonomi terhad

Pakatan Harapan mengambil ketetapan bersama menolak Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kerana ia menghakis perlembagaan negara, menindas rakyat dan mempunyai faedah ekonomi yang terhad.

Pakatan Harapan mengambil ketetapan bersama menolak Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kerana ia menghakis perlembagaan negara, menekan rakyat dan mempunyai faedah ekonomi yang terhad.

Sehubungan itu, pemimpin Amanah, PKR dan DAP yang menganggotai pakatan politik tersebut  dengan  tegas menyarankan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak  untuk tidak menandatangani TPPA.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan lewat petang semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu menegaskan bahawa laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan PricewaterhouseCoopers (PwC) menunjukkan bahawa negara tidak memperolehi keuntungan ekonomi yang signifikan daripada TPPA sebaliknya memperlihatkan kerencatan dan hakisan imbangan perdagangan yang ketara.

“Malahan tidak ada jaminan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negara yang bakal terdedah dengan persaingan global akan diberi bantuan yang mencukupi, secara
kewangan dan teknikal, untuk membantu mereka menghadapi kesan TPPA.

“Ini akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan dan penutupan syarikat yang akan membawa kesan negatif kepada ekonomi negara,” kenyataan media itu dipetik.

Walaupuan Pakatan Harapan mengakui bahawa Malaysia adalah negara pengeksport dan perjanjian perdagangan adalah penting, bagaimanapun TPPA bukanlah perjanjian perdagangan biasa.

TPPA, jelas kenyataan media itu kemungkinan akan menyebabkan kerajaan pusat dan negeri menanggung kos akibat disaman syarikat asing, melambatkan kemasukan ubat-ubatan generik ke pasaran tempatan sekaligus mengekalkan harga tinggi ubat-ubatan.

Pelanjutan status hak cipta kepada 20 tahun juga hanya akan mendatangkan faedah kepada segelintir syarikat Amerika dan membebankan pengguna Malaysia.

“Setelah mempertimbangkan secara teliti kos dan faedah TPPA, Pakatan Harapan berpendapat bahawa Malaysia perlu menolak TPPA dan sehubungan itu menyarankan kabinet PM  tidak memeterai pejanjian itu,” ujar para pemimpin DAP, PKR dan Amanah itu.

TAGS