Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pakatan Nasional: Khalid yakin Mahathir tidak khianati Pakatan Harapan

Pakatan Nasional: Khalid yakin Mahathir tidak khianati Pakatan Harapan

AKMAL MANAFFebruary 6, 2020 7:00 am




Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad yakin Tun Dr Mahathir tidak akan mengkhianati Pakatan Harapan (PH) susulan desas-desus mengenai rancangan pembentukan gabungan politik baharu, iaitu Pakatan Nasional.

“Selama setahun lebih saya bersama beliau (Dr Mahathir) dalam barisan kabinet, saya rasa beliau mahu menjaga imejnya yang telah melonjak sejak kebelakangan ini.

“Beliau tidak akan menjadi sebagai pihak yang mengkhianati. Saya yakin dengan itu (InsyaAllah). Sekarang ini Dr Mahathir dilihat sebagai seorang hero yang mendatangkan perubahan dengan menjatuhkan kerajaan yang kleptokrat, tidak beramanah.

“Beliau disanjung dan akan diingati sebagai seorang yang telah menyelamatkan Malaysia, tapi kalau Dr Mahathir buat (menyertai Pakatan Nasional), macam mana pandangan masyarakat terhadap beliau?

“Ini yang saya rasa agak yakin bahawa Tun Mahathir tidak mahu meninggalkan satu legasi di mana dia akan diingat sebagai seorang yang telah menggagalkan usaha untuk membawa perubahan yang positif kepada politik negara sehingga Malaysia jadi negara yang disanjung, dipuji di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rancangan bual bicara YB Khalid Samad di Jom Channel malam tadi yang bertajuk ‘Pakatan Nasional – Suatu Pembohongan?’

Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengulas demikian sebagai jawapan kepada  seorang netizen bertanyakan  bagaimana sekiranya rancangan Pakatan Nasional itu betul-betul wujud dan menjadi kerajaan kelak? Apakah AMANAH akan menyertainya untuk terus ‘survive’ dalam politik negara?

Dalam pada itu, Khalid berkata, pihaknya tidak akan bersama dalam gabungan Pakatan Nasional yang disifatkan sebagai pakatan yang rosak dan tidak berakhlak.

Katanya, masyarakat Melayu rosak disebabkan fahaman assobiyah yang dibawa oleh Umno yang mementingkan Melayu tanpa mementingkan persoalan akhlak, soal amanah dan keadilan.

“Melayu juga rosak atas sebab taksub, walaun terhadap pemimpin-pemimpin agama sehingga apa sahaja pemimpin agama atau agamawan lakukan, mereka rasa tidak mengapa kerana mereka itu (pemimpin agama) orang-orang yang terpilih, maka dia boleh buat suka dia.

“Maka AMANAH akan terus memperjuangkan konsep Islam iaitu Rahmatan Lil A’lamin yang mementingkan persoalan akhlak dan amanah dalam pentadbiran. Kita (AMANAH) tidak akan bersama dalam Pakatan Nasional yang kita tahu satu pakatan yang rosak dan tidak berakhlak,” ujarnya lagi.

Dalam rancangan bual bicara tersebut, Ahli Parlimen Shah Alam itu juga tidak menafikan rancangan pembentukan Pakatan Nasional itu memang wujud.

“Saya juga tidak menafikan memang rancangan Pakatan Nasional ini betul-betul wujud. Memang dah ada, tetapi sama ada akan berjaya atau pun tidak, itu soal kedua.

“Kejayaan mereka berpaksikan kepada Dr Mahathir dan Bersatu sanggup menjadi pengkhianat, mengkhianati amanah dan mandat yang telah diberikan kepada mereka iaitu untuk memerintah dan membentuk kerajaan bersama PH,” katanya.

 

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Ugut tembak, pecah pasu bunga masjid, bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Setpol Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Kabur soal calon PM rencatkan Grand Coalition

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production