Pakcik dikecam kerana guna anak yatim, ‘live’ dengan wanita seksi untuk meraih ‘gift’

Oleh MALAYSIADATELINE

Satu rakaman siaran langsung di akaun TikTok dipercayai milik sebuah pusat jagaan anak yatim telah berjaya mengundang kemarahan orang ramai.

Mana tidaknya, rakaman itu memperlihatkan lelaki dikatakan salah seorang guru di rumah anak yatim berkenaan melakukan sesi siaran langsung bersama penghuninya.

Lebih memburukkan keadaan, sesi siaran langsung ditonton oleh 3,000 pengguna itu turut disertai sekumpulan wanita bukan mahram yang berpakaian mencolok mata.

Difahamkan, mereka sedang melakukan pertandingan Player Knockout (PK) untuk bersaing antara pengguna TikTok bagi meraih wang menerusi ‘gift’ dalam satu sesi.

Keadaan itu amat menyedihkan apabila guru yang membawa imej agama tergamak menggunakan anak yatim bagi meraih simpati sambil melihat pemandangan tidak senonoh.

Tidak senang dengan tindakan guru terbabit, seorang pengguna platform X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) bertindak memuat naik semula rakaman tersebut di akaun miliknya.

“Apakah ini?! Lebai guna anak-anak yatim masuk TikTok buat PK dengan sekumpulan gadis separuh berpakaian?! Islam apakah yang kalian bawa ini?,” soal pengguna itu dalam satu ciapan.

Tular di media sosial, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna menyelar tindakan guru berkenaan kerana menggunakan anak-anak yatim untuk mendapatkan wang.

Ramai juga pengguna berpendapat bahawa sikap guru berkenaan tidak hanya terlihat seperti menunggang agama malah seakan memanipulasi anak-anak yang dijaganya.

“Kebodohan apakah ini? Zina mata woiiii!! Madrasah mana ini? Astaghfirullah,” kata seorang pengguna yang terkejut melihat rakaman siaran langsung itu melalui platform X.

“Yang jawab nak berdakwah itu, kepala bapak kau! Naya, boleh hilang hafazan budak itu tengok benda-benda yang tak molek.” Komen pengguna lain yang turut tidak senang hati melihatnya.

Baca juga: Bertahun-tahun amil buat kegiatan jahat, duit zakat lebih RM45,000 masuk poket sendiri