Malaysia Dateline

“Pakcik, jadi tak nak ambil gambar kami,” tanya anak Shazni Munir yang ditinggalkan

“Pakcik, jadi tak nak ambil gambar kami?” tanya anak sahabatku Almarhum Shazni Munir. “Ok kejap ye” pantas aku menjawab.

Sahabatku pergi menghadap Ilahi di usia 34 tahun. Anak sulungnya berusia 9 tahun, kedua 6 tahun dan yang kecil baru 2 tahun.

Mereka seakan tidak memahami pengkebumian tadi, adalah saat akhir bapa mereka meninggalkan alam dunia ini akibat Covid-19.

Bersama sepupu yang lain didalam van, dari celah-celahan cermin melihat dari jauh jenazah bapanya di semadikan di perkuburan dekat kampung asal nenek mereka Muar.

Yang pergi tetap pergi, anak-anak ini memerlukan perhatian sahabat seperjuangan bapanya. Berat mata memandang. Berat lagi bahu memikul.

Damailah sahabatku pejuang, yang mana rakan-rakan telah menjadi saksi. Kau telah habiskan usia mudamu demi kepentingan ummah melebihi kepentinganmu sendiri.

Azam Mektar
06.08.2021
…………………………………………………………………………….

Almarhum Shazni Munir meninggalkan isteri (suri rumah) dan anak-anak yang masih kecil.

Sumbangan kepada keluarga Allahyarham Shazni Munir boleh disalurkan ke akaun berikut :

564294326721 Maybank
Tabung Amanah Peduli
Rujukan : Shazni Munir

Hantar resit ke sini www.wasap.my/60137701001/SumbanganShazniMunir

Terima kasih