Pakcik tepuk bahu gara-gara baca al-Quran guna aplikasi dalam telefon

Oleh ARIF ATAN

Lepas solat Maghrib tadi, sambil tunggu masuk waktu Isyak, datang seorang pakcik tepuk bahu saya.

Dengan nada keras dia tegur saya, “Kalau nak main telefon, pergi duduk luar masjid. Saya dah perhati banyak kali dah kamu ni. Takda adab. Masjid ni tempat ibadah, hormat sikit.”

Saya senyum di balik pelitup muka.

“Terima kasih pakcik tegur saya, tapi maaf saya tak setuju. Saya niat iktikaf dan duduk diam dalam masjid tak kacau sapa-sapa,” saya jawab ringkas malas nak berbahas.

Pakcik itu terus confront saya dengan kata-kata kasar. Saya senyum dan angguk saja, kemudian palingkan muka sambung ‘main’ handphone. Bagi dia sakit hati.

Ikutkan hati saya nak saja sebut, tadi lepas selesai imam baca doa, saya baca al-Quran guna aplikasi dalam handphone.

Kemudian masa pakcik mai tepuk bahu saya, saya tengah edit kertas kerja, juga guna handphone.

Kalau pun saya main game ke, scroll Facebook ka, selagi saya tidak ganggu jemaah lain, saya yakin saya tidak buat salah apa pun.

Pakcik tu berlalu. Kalau tarik pelitup muka tu, mungkin wajahnya merah menahan marah dan bengang dengan saya.

Kalau budak-budak muda yang baru nak berjinak dengan masjid kena tegur begitu, harus itu hari terakhir.

Dia mai berjemaah di masjid. Tapi saya makin semangat nak mai, nak main telefon depan pakcik tu.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/dipenjara-selepas-hempas-besi-pemberat-20-kg-atas-kepala-rakan/

Baca juga: https://themalaysialife.com/kantoi-cuba-tipu-duit-orang-scammer-bengang-dapat-5-sen-je/