Pakcik tiba-tiba muncul mahu tarbiyah dengan cara agak kasar di kedai mamak undang simpati wanita ini

Oleh NASUHA RAHMAN

Pelanggan di sebuah kedai mamak hilang selera makan apabila seorang pakcik tiba-tiba muncul kononya mahu tarbiyah tetapi dengan agak kasar dan meninggikan suara telah mengundang simpati wanita ini.

Kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang pakcik di sebuah kedai mamak menegur orang awam dengan cara yang agak kasar telah mengundang rasa kurang senang orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nidz.rain, difahamkan pada awalnya pakcik tersebut datang ke mejanya dan menegur keluarganya kerana memberikan gadget kepada anak mereka.

Kehadiran pakcik kononya mentarbiyah keluarga wanita itu membuat mereka tidak senang dan hilang selera untuk bersarapan.

Pakcik berkenaan menyatakan penggunaan gadget sememangnya tidak baik untuk kanak-kanak namun ketegasannya dalam berbicara pada waktu yang tidak sesuai di hadapan khalayak ramai.

Bagaimana pun, pakcik tersebut seakan-akan cepat menilai seseorang seakan keluarga ini sering memberi anak menggunakan gadget.

Tidak cukup ‘berceramah’ di meja wanita itu pakcik terbabit ke meja sebelah turut menegur sekumpulan rakan yang baru sahaja hendak bersarapan.

Pakcik tersebut dikatakan membebel mengenai tabiat pemakanan mereka yang tidak sihat.

Jelas kelihatan muka mereka dalam keadaan tidak selesa namun memilih untuk berdiam diri bagi menghormati pakcik.

Oleh kerana terlalu lama dimarahi dengan nada yang agak tinggi, wanita ini akhirnya menghampiri sekumpulan kawan itu dengan menasihatkan mereka agar meninggalkan tempat tersebut jika berasa tidak selesa.

Dia turut memaklumkan keluarganya juga terkena perkara yang sama dan mendengar perkara tersebut, sekumpulan gadis itu hanya mampu ketawa sahaja.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap pakcik tersebut yang seakan tidak menjaga adab dan memalukan orang lain di tempat awam.

“Aduhh pakcik.. nak tegur ada caranya.. bukan macam ni.. potong selera orang nak makan”

“Tibee pakcik ponn.. nak tarbiah tak kene masa, tempat..”

“My anger issue yang memang pantang bila time nak makan ada orang sibuk nak bercakap or berceramah gini..,” komen netizen.

Budaya hormat menghormati orang lain terutamanya mereka yang lebih tua sudah diterapkan dalam diri masyarakat di Malaysia malah kita juga telah di didik untuk menerima segala teguran dengan berlapang dada.

Ianya bukanlah satu tiket untuk orang tua ‘biadap’ terhadap orang lain dan juga bukan bermakna orang muda tiada hak untuk bersuara.

Seperti yang kita tahu, kita perlulah beradab ketika bertutur ataupun memberi teguran kepada seseorang.