Malaysia Dateline

‘Pakej Makcik Kiah’ tak betul kira, jangan joli ye makcik

Pakej Makcik Kiah yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini disifatkan tidak benar sebagaimana yang diumumkan.

“Kiah kena tipu. Bantuan penjimatan Makcik Kiah bukannya RM4,464. Penjimataan sebenar adalah RM864 sahaja,” kata satu analisis segera yang dibuat ke atas pakej itu.

Menurut penganalisis itu, terdapat tiga sebab kenapa pakej yang dikatakan jimat RM4,464 itu sebab:

a. Pinjaman kereta RM1800 (kena bayar jugak nanti)
b. Pinjamam PTPTN RM1200 (kena bayar jugak nanti)
c. Pinjam kredit mikro RM600 (kena bayar jugak).

“Jadi RM3600 kena bayar balik. Makcik Kiah jimat hanya sewa rumah RM744 dan bil letrik RM120 sahaja.

“Makcik Kiah jangan joli ye, jimat RM864 sahaja, bukannya RM4,464,” kata penganalisis itu.