Malaysia Dateline

Pakistan tembak jatuh dua jet pejuang India

Pakistan menembak jatuh dua jet pejuang India hari ini (awal pagi semalam), ketika ketegangan meningkat di Wilayah Kashmir.

Ketegangan dilihat mula meningkat sejak berlakunya insiden pengeboman dua minggu lalu yang mengorbankan 40 polis tentera di Kashmir.

Jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Asif Ghafoor berkata, salah sebuah pesawat itu jatuh di Wilayah Pakistan, dan setakat ini tiada pengesahan daripada India yang mendakwa menembak jatuh pesawat Pakistan.

Ghafoor menerusi akaun Twitternya memberitahu, PAF telah menembak jatuh dua jet pejuang India dalam ruang udara Pakistan.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan salah seorang daripada juruterbang jet berkenaan.