Pakistan terima bantuan USD 2 bilion dari China elak krisis ekonomi

Pakistan terima bantuan USD 2 bilion dari China elak krisis ekonomi

Menurut sumber rasmi, China telah bersetuju untuk memberi pinjaman kewangan tambahan sebanyak USD 2 bilion kepada Pakistan untuk meningkatkan rizab pertukaran asing negara tersebut, menurut laporan South China Morning Post.

Tambah beliau yang enggan dinamakan, “Buat masa ini, keadaan kewangan Pakistan lemah dan demi mengelakkan daripada berlakunya krisis ekonomi, kerajaan (Pakistan) bersedia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya demi memulihkan ekonomi melalui bantuan kewangan dari China,”.

Pakistan kini turut berdepan dengan kemungkinan krisis mata wang yang kian menurun.

Walaubagaimanapun, bantuan kewangan ini tidak diumumkan samada dari Islamabad atau Beijing. Menteri Kewangan Pakistan Asad Umar turut tidak memberi sebarang respon ketika disoal berkaitan perkara ini.

Zhao Lijian, Timbalan Ketua Misi Kedutaan China di Islamabad berkata, “Kami tidak mempunyai angka sebenar bagi pinjaman dan pelaburan CPEC (China-Pakistan Economic Corridor) yang diberikan kepada Pakistan tetapi China akan meneruskan memberi bantuan kewangan untuk kemajuan ekonomi,”.

Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang baru memegang tampuk pemerintahan pada Ogos 2018 sedang mengusahakan dasar untuk memperbaiki kedudukan rizab pertukaran asing Pakistan, hutang yang tinggi dan kedudukan fiskal ekonomi yang lemah.

Bagi rakan-rakan Pakistan di Timur Tengah, seperti Arab Saudi telah bersetuju untuk memberi bantuan kewangan sebanyak USD 6 bilion bagi Jun 2019 manakala Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut bersetuju untuk memberi bantuan kewangan sebanyak USD 3 bilion kepada Pakistan.

Kerajaan Pakistan juga kini sedang berunding dengan pihak International Monetary Found (IMF) untuk mendapatkan bantuan kewangan sebanyak USD 7 bilion.

Selepas perbincangan selama tigu minggu pada bulan November lepas, Menteri Kewangan Pakistan dan IMF dijangka akan mengadakan pertemuan semula pada 15 Januari 2019 untuk memuktamadkan perjanjian tersebut walaupun Pakistan bakal berdepan dengan syarat ketat oleh IMF seperti pemotongan peluang pekerjaan dan kenaikan taarif.

Walaubagaimanapun, Amerika Syarikat (AS) sebelum ini telah menyatakan kebimbangan bahawa bantuan kewangan IMF mungkin akan digunakan oleh Pakistan untuk membayar balik pinjaman dari China, seperti disebuatkan oleh Setiausaha Negara AS Mike Pompeo pada Julai lalu.

Rizab luar Pakistan yang kini hanya tinggal sebanyak USD 7.3 bilion merupakan berada ditahap terendah dan tidak mampu untuk menanggung kos import Pakistan bagi bulan-bulan mendatang.