Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Palestin pertimbang kemuka bantahan ke ICC terhadap Friedman, Duta AS ke Israel

Palestin pertimbang kemuka bantahan ke ICC terhadap Friedman, Duta AS ke Israel

NIK LUQMAN WAN ZAINODDINJune 10, 2019 1:00 pm




Kementerian Luar Negeri Palestin pertimbang untuk kemuka bantahan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court – ICC) terhadap David Friedman, Duta Amerika Syarikat (AS) ke Israel, lapor al-Jazeera. Hal ini adalah kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Friedman baru-baru ini.

Friedman menyatakan bahawa Israel mempunyai hak untuk merampas sekurang-kurangnya “beberapa tempat” di Tebing Barat, di dalam satu wawancara yang disiarkan oleh New York Times pada Sabtu lalu.

Kata beliau, “Di dalam keadaan tertentu, saya berpandangan bahawa Israel mempunyai hak untuk mengekalkan beberapa kawasan, jika tidak semua, di Tebing Barat itu,”.

Di dalam kenyataan media pada hari Ahad, Kementerian Luar Negeri Palestin membantah kenyataan Friedman dan menyatakan bahawa pandangan tersebut adalah “ancaman kepada keamanan dan kestabilan serantau”. Kenyataan media itu turut menyebut bahawa kata-kata Friedman adalah “dasar pentadbiran AS yang jelas berat sebelah dan berpihak kepada penjajah”.

“Apakah alasan untuk memberi justifikasi berdasarkan ‘logik’ Friedman yang mengatakan bahawa Israel mempunyai hak untuk merampas beberapa kawasan di Tebing Barat? Undang-undang antarabangsa jelas mengharamkan bagi pengambilan tanah menggunakan kekerasan,” menurut kenyataan dikeluarkan kementerian tersebut.

Kenyataan Friedman juga turut mengundang kritikan keras daripada ahli politik Palestin yang lain.

Pegawai Kanan Palestin, Saeb Erekat menyatakan bahawa dasar ini adalah bersamaan dengan “AS bersekongkol dengan pelan penjajahan Israel”.

Ahli Eksekutif, Palestine Liberation Organization (PLO) Hanan Ashrawi turut menyatakan bahawa AS kini sedang memberi justifikasi bagi aktiviti pencurian tanah.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Terkini

Kementerian Pertanian digesa percepat bantu rakyat miskin hadapi impak Covid-19

Kes Covid-19 terus tinggi, lagi 3,170 kes baharu, 41,755 kes aktif hari ini

Hubungan Pas-DAP: ‘Kalau imam dah terberak, takkan nak ikut lagi?’

Gesa kerajaan negeri Johor selamatkan kontraktor kecil Bumiputera

Covid-19: Adun Nenggiri akui mungkin terlalai abai SOP

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production