Palu: Kaum ibu bangkit hulur bantuan

Palu: Kaum ibu bangkit hulur bantuan

Di sebalik tawa sekumpulan kaum ibu di Kecamatan Sindue-Tobata menerima kunjungan Pemuda AMANAH Nasional, tersembunyi trauma mereka pada tragedi 28 September lalu.

Mereka menceritakan kembali kepada Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sany Hamzan bagaimana gempa bumi pada magnitud 7.5 lepas bukan sekadar menggoncang bahkan menghempas mereka ke lantai.

Namun, bangkit dari kesedihan dan trauma meskipun ada antara rumah mereka ranap menyembah bumi, kaum ibu di perkampungan itu tampil menjadi sukarela Dapur Umum kelolaan NGO Aksi Cepat Tanggap (ACT).

Baca: Mangsa masih berhimpit di khemah

Sejak bencana lalu, setiap hari mulai jam 7 pagi, mereka memasak dan menyediakan makanan tengah hari sebanyak 500 bungkusan meliputi penduduk di 12 perkampungan sekitar.

Tanpa dipaksa, mereka sendiri hadir ke posko itu menghulurkan sumbangan tenaga.

“Dapur Umum ini sejak tiga minggu lagi sudah beroperasi. Posko di sini juga menyediakan rawatan kecemasan,” kata aktivis ACT, Tejokuntoro ketika ditemui Malaysia Dateline hari ini.

Dalam masa sama, semangat warganegara Indonesia dalam membantu masyarakat Palu dilihat amat menakjubkan.

Ramai aktivis ACT datang dari seluruh pelosok Indonesia termasuk seorang jururawat yang difahamkan menaiki kapal laut dari Bandung untuk ke Palu.

Sumbangan bagi mangsa gempa bumi di Palu boleh disalurkan kepada: