Pam air Sg Chat Johor rosak punca berlakunya banjir

Pam air Sg Chat Johor rosak punca berlakunya banjir

Banjir yang berlaku di kawasan Bandaraya Johor Bahru adalah berpunca daripada kerosakkan pam air yang ada di Sungai Chat Johor.

Menurut Adun Perling, Cheo Yee How, perkara tersebut telah dikenal pasti dan langkah seterusnya akan diambil.

“14 keluarga terbabit dan keseluruhannya seramai 74 orang yang terbabit dipindahkan ke pusat permindahan. Pihak kami juga turut memberi bantuan keperluan di pusat pemindahan tersebut.

“Saya akan mohon jasa baik pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk memastikan pam air tersebut dapat berfungsi dengan baik.

“Selain itu kita juga mencadangkan agar kerajaan menimbang untuk mewujudkan pusat takungan air di muara Sungai Chat bagi mengelakkan sebarang kemungkinan banjir di kawasan bandar Johor Bahru,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline.

Beliau juga mendakwa terdapat projek pembangunan di kawasan hulu Sungai Chat dan projek tersebut perlu membina perangkap lumpur agar tidak mengalir ke sungai.

Cheo juga menafikan dakwaan bahawa terdapat pihak yang menuduh beliau tidak turun padang ketika banjir berlaku.

“Sebenarnya jika anda nak bercakap apa pun cakaplah, tapi tolonglah bercakap dengan fakta jangan mengikut pemerhatian yang tidak cermat.

“Hanya orang atau mangsa sahaja yang tahu sama ada saya turun padang atau tidak. Apa yang saya nak nyatakan di sini adalah penafian dakwaan saya tidak turun padang.

“Saya juga harus berusaha untuk mempertingkatkan kebajikan kepada masyarakat semampu saya itulah matlamat saya sebagai Adun,” ujar beliau.