Pameran karikatur pemimpin PH: Umno takutkan perwakilan, tertekan dengan gerakan Mahathir, kata Muhyiddin

Pameran karikatur pemimpin PH: Umno takutkan perwakilan, tertekan dengan gerakan Mahathir, kata Muhyiddin

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin berpandangan tindakan Umno mempamerkan 20 karikatur dan poster pemimpin gabungan parti dalam Pakatan Harapan (PH) bertujuan menakutkan perwakilan dan menumpukan taat setia kepada presiden parti.

” Meletakkan gambar Kit Siang untuk menakutkan perwakilan dan takut sangat sebahagian perwakilan tidak menyokong Umno sebaliknya menyokong Pakatan Harapan,” ujarnya dalam video yang disiarkan di laman facebook¬† rasmi parti itu.

Tonton video:

Sebanyak 20 karikatur dan poster saduran anti-DAP itu memaparkan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail yang mana watak-watak mereka di kawal oleh Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Selain itu Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden PH berkata, beliau sendiri telah melihat akan akujanji yang perlu oleh perwakilan Umno untuk memberikan sokongan kepada kepimpinan Presiden Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam perhimpunan diadakan kali ini.

“Ada aku janji yang saya sudah lihat dan baca menunjukkan ahli Umno akan berikrar taat setia pada Najib bukan pada Umno.

“Jadi begini menunjukkan bagaimana pimpinan Umno begitu tertekan dalam keadaan cukup teruk untuk menghadapi gerakan yang sedang diketuai Tun dalam Pakatan Harapan… baguslah tu,” ujarnya.

Kini sedang berlansung Perhimpunan Agung Umno 2017 sehingga Sabtu ini yang dianggap sebagai ‘ibu perhimpunan’ sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 tahun depan.

Seramai 5,739 perwakilan berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi mengikuti perhimpunan agung kali ini.

 

 

 

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS