Malaysia Dateline

Panas hati tengok budak kena dera, tindakan pendera ini dikecam orang ramai

Warganet panas hati melihat seorang budak perempuan didera dengan batang penyapu. Menerusi rakaman video yang tular, wanita tidak berperikemanusiaan itu dilihat memukul kanak-kanak tersebut di meja makan.

Siasatan awal polis mendapati budak malang berusia empat tahun itu dipukul dan dipaksa memakan nasi sehingga termuntah.

Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu merupakan anak angkat kepada wanita berusia 28 tahun itu dan video yang tular tersebut dirakam seorang pemuda yang dikenali sebagai Aqiel.

Bagi Fitria Ratna Dilla, tidak perlu mengambil anak angkat semata-mata ingin dianggap baik.

“Kesian kanak-kanak yang tak berdosa tu.Sudahlah dia tiada keluarga, dapat keluarga macam fir’aun pula kejamnya,” ujarnya.

Sementara itu, Syuhada Mansor berpendapat kanak-kanak perempuan yang comel itu berada ditangan yang salah.

“Moga adik itu dilindungi dan dirahmati Allah selalu. Moga dapat dijaga oleh orang yang selayaknya,” ujarnya.

Orang ramai juga menyifatkan seorang kanak-kanak yang masih berumur empat tahun tidak tahu apa lagi tentang hidup.

“Tak faham orang yang mendera kanak-kanak ni. Nak rasa marah, geram apa pada budak yang tak tahu dunia apa lagi.

“Haih, tenat dah masyarakat kita ni. Semoga adik mendapat pembelaan seadilnya,” katanya.

Terdapat juga warga maya yang memberitahu bahawa wanita pendera itu merupakan pengasas satu produk kosmetik.

“Dalam Tiktok, kemain lagi acah-acah baik peluk cium budak tu,” kata Puspa Wangi.

Baca juga Amah teruk kena dera dan mati, wakil rakyat ini ingatkan jangan pernah lupa kisah Adelina Lisao

Baca juga Kes Bella didera : Peguam ini dedah kisah sebenar, bukan Bainun yang dera rupanya