Pandangan  terhadap pelaburan negara China ke Malaysia

Pandangan terhadap pelaburan negara China ke Malaysia

Pelaburan negara China bernilai RM144bilion melalui 14 memorandum atau perjanjian usaha sama ‘business to business’(B2B) yang dijalin dengan Malaysia jika gagal dikawal oleh kerajaan berkemungkinan negara tidak akan mendapat limpahan nikmat daripada perjanjian yang dimeterai itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak (kiri) ketika bertemu dengan Presiden China Xi Jinping ketika lawatan rasmi beliau ke negara itu tahun lalu.

Pelaburan negara China bernilai RM144bilion melalui 14 memorandum atau perjanjian usaha sama ‘business to business’(B2B) yang dijalin dengan Malaysia jika gagal dikawal oleh kerajaan berkemungkinan negara tidak akan mendapat limpahan nikmat daripada perjanjian yang dimeterai itu.

Malah dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini ada kewajarannya jika pelaburan dari China dalam bidang pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan itu boleh mengugat kedaulatan negara sekiranya Malaysia menerima pelaburan lansung asing (FDI) membabitkan pinjaman kewangan dan pembelian tanah bukan hanya pemindahan teknologi dan tenaga kerja ke negara ini semata-mata .

Dalam satu pertemuan diadakan Malaysia Dateline dengan sumber (tidak didedahkan) menjelaskan, pelaburan FDI agak berbeza dengan pinjaman, yang mana sesuatu pelaburan dari luar negara ke Malaysia, tidak perlu membayar balik modal yang dilaburkan.

“Pelaburan FDI biasanya Malaysia boleh mengenakan syarat supaya ianya dilibatkan dengan syarikat dan tenaga kerja tempatan supaya teknologi secara tidak lansung dapat dipindahkan.

“Jika pelaburan dalam bentuk pinjaman kewangan, untuk memajukan negara keupayaan kerajaan untuk membayar balik pinjaman itu perlu difikirkan dengan kadar faedah tertentu.

“Sekiranya perjanjian usahasama B2B dalam enam bidang keutamaan itu gagal dikawal berkemungkinan, Malaysia tidak mendapat limpahan nikmat dari usahasama yang dijalin dengan China,” ujar sumber itu.

Sebanyak 14 memorandum atau  perjanjian usahama China ke Malaysia meliputi bidang pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan.

Sekiranya negara meminjam wang adalah lebih wajar memastikan agar sesuatu projek yang akan dilaksanakan kelak berdaya maju supaya mampu membayar balik jumlah pinjaman.

Dengan melakukan analisa daya maju ianya boleh mengetahui kemampuan negara untuk membayar semula pinjaman pada tempoh masa tertentu.

Ditanya kesesuaian jalinan usahasama membabitkan China dan Malaysia dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu hari ini Laporan International Monetory Fund (IMF) dan Wikipedia  dijadikan rujukan.

“Jika melihat kepada Laporan IMF menunjukkan harga komoditi yang lain turut menurun sebanyak 19%, ini bermakna hasil dari sumber komoditi juga akan menyusut.

“Tidak dinafikan nilai mata wang Malaysia telah jatuh rendah berbanding dengan mata wang Amerika dan lain-lain negara.

“Ini semuanya mengambarkan sejauh mana kemampuan kerajaan untuk membayar balik pinjaman jika negara berhutang.

“Pada masa sekarang negara mempunyai hutang sebanyak RM683.9 bilion bersamaan dengan 54.46 % daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Jika usahasama ini dalam bentuk pinjaman, ianya bermakna hutang negara akan bertambah sebanyak RM144 bilion dan jumlah hutang negara akan menjadi RM827.9 bilion bersamaan 65.92%.

“Keadaan ini tidak begitu bagus kerana hutang negara yang tinggi. Semua hutang akan dikenakan faedah yang tertentu, dan jumlah ini akan terus bertambah mengikut masa.

“Jika dilihat pada tahun lalu terdapat beberapa syarikat besar termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memberhentikan pekerjanya untuk mengurangkan kos operasi seperti Malaysian Airline, Petronas, Kia Motor dan lain-lain lagi.

“Pemberhentian perkerja ini akan mengurangkan permintaan domestik, secara tidak lansung akan mengecutkan ekonomi kita.”

 Negara China mempunyai lebihan simpanan melebihi sejumlah USD300trillion, telah mendorong Presiden China Xi Jinping membuat pelaburan di dalam dan di luar negaranya.

Merujuk kepada Wikipedia bagi negara China yang mempunyai simpanan (reserve) melebihi USD300trilion, jumlah yang begitu besar telah mendorong China membuat pelaburan di dalam dan di luar negaranya.

Sehubungan itu sumber memberitahu, Malaysia boleh mengambil peluang ini tetapi perlu berhati-hati supaya mengikut prinsip pelaburan yang sebenar dan tidak berat sebelah.

“Kita perlu lihat ianya di dalam bentuk pelaburan atau pinjaman, kerana kedua-duanya mempunyai prinsip tersendiri yang perlu dipatuhi, agar rakyat mendapat nikmatnya.”

Diminta mengulas mengenai penubuhan China Contruction Bank (Malaysia) Berhad antara salah satu daripada 14 perjanjian B2B, sumber menyebut, pembukaan bank itu dibolehkan tetapi Malaysia perlu mempunyai peratusan hak miliknya.

“Pembukaan bank baru ini boleh dibuat tetapi negara perlu mempunyai 51% dari hak miliknya seperti terkandung di dalam Akta Bank Malaysia supaya kerajaan Malaysia mempunyai kuasa pemutus sebarang keputusan.

“Disamping itu pada masa sekarang telah ada Bank of China di Malaysia. Mungkin tidak perlu lagi,” ujarnya.

Kesimpulannya pelaburan negara luar adalah digalakkan tetapi bukan dalam bentuk pinjaman. Pelaburan perlulah memberi nikmat kepada rakyat dan kerajaan haruslah mempunyai kuasa kawalan terhadap sebarang bentuk pelaburan.

TAGS