Pandikar buat ‘pusingan-U’: Boleh baca, bawa keluar tapi tidak boleh disiar

Selang beberapa minit ahli parlimen PH dan Pas keluar dewan untuk mengadakan sidang akhbar menolak peraturan yang ditetapkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia segera membuat ‘pusingan u’ membenarkan pula Buku Laporan Kajian Semula Syor Persempadanan Syor yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu dibaca dan dibawa keluar.

Pandikar berkata mengikut peraturan 95A buku laporan itu boleh dibaca dan dibawa keluar tetapi tidak boleh disiarkan oleh mana-mana pihak.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sepatutnya perkara sedemikian tidak berlaku.

“Saya alukan keputusan Speaker itu. Cuma kami masih mempersoalkan kenapa ia tidak boleh disiarkan? Baru kita buat 10 minit sidang media Speaker telah ubah peraturan. Ini menunjukkan beliau tidak faham dengan peraturan sedia ada di di dalam dewan,” ujarnya.

Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar pula berkata dengan mengubah peraturan itu jelas satu keputusan yang memalukan dewan rakyat.

“Ini peraturan yang memalukan. Patutnya dari awal pagi tadi Tan Sri sudah menetapkan peraturan untuk membenarkan buku laporan itu dibaca dan dibawa keluar. Speaker buat ‘u turn’ inikah ‘standard’ institusi Parlimen kita?” tempelaknya.

Manakala Ahli Parlimen Ipoh Barat M.Kulasegaran pula berkata, tindakan Pandikar mengubah peraturan jelas menunjukkan kredibiliti Parlimen Malaysia amat memalukan.

“Adakah Parlimen Malaysia ini sebuah institusi kelas pertama atau kelas ketiga? Kita nak Speaker prihatinmengenai hal ini dan mahu mendesak perdana menteri untuk kenal pasti laporan SPR itu boleh didedahkan kepada rakyat negara ini,” ujarnya.

Buku Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-Syor yang dicadangkan  bagi Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri itu mempunyai 3 Jilid sudah diserahkan kepada ahli parlimen di dalam dewan rakyat hari ini.

Bagaimanapun ia dianggap sebagai ’embargo’ oleh Pandikar  yang tidak boleh dibaca dan dibawa keluar sehingga ia dibentangkan dan dibahaskan  pada Rabu depan.

Baca: Kecoh Pandikar tidak benarkan buku Laporan Kajian Semula Syor Sempadanan dibaca, dibawa keluar

 

 

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS