Pandikar perlu guna perundangan yang melindungi ahli Parlimen

Pandikar perlu guna perundangan yang melindungi ahli Parlimen

Ahli Parlimen Shah Alam mendesak Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenakan pertuduhan lebih berat terhadap mereka yang didakwa merusuh dalam kawasan Parlimen tahun lalu, di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang diluluskan di Parlimen bagi melindungi ahli Parlimen.

 

Khalid Samad

Ahli Parlimen Shah Alam mendesak Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenakan pertuduhan lebih berat terhadap mereka yang didakwa merusuh dalam kawasan Parlimen tahun lalu, di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang diluluskan di Parlimen bagi melindungi ahli Parlimen.

Khalid Samad  berkata demikian selepas dilaporkan 8 lelaki yang menyerangnya pada November lalu hanya didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil, di mana jika sabit kesalahan, mereka hanya didenda maksimum RM100.

Khalid berkata 8 lelaki terbabit sepatutnya didakwa di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang diluluskan di Parlimen bagi melindungi ahli Parlimen.

Jelasnya, iika didapati bersalah di bawah seksyen itu, boleh dipenjarakan maksimum 7 tahun jika sabit kesalahan.

“Jangan hina Parlimen sebegini, anda (peguam negara) buat Parlimen nampak tak penting,” katanya kepada wartawan seperti dilapor hari ini.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia Khalid berkata jika Pejabat Peguam Negara kekal dengan keputusan mendakwa 8 individu itu di bawah Akta Kesalahan Kecil, maka Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia perlu memulakan tindakan undang-undang terhadap mereka.

Katanya, ini kerana insiden itu berlaku di kawasan Parlimen dan oleh itu speaker boleh mengambil prosiding undang-undang atas kapasitinya sebagai speaker.

“Itu bermakna jika Pejabat Peguam Negara masih hendak dakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil, Tan Sri (Pandikar Amin) sebagai speaker Dewan Rakyat ada hak ambil tindakan undang-undang,” ujarnya.

Beliau turut mengesahkan telah menghantar surat berhubung perkara itu kepada speaker hari ini dan akan menunggu jawapan daripada speaker.

Pada 24 November, sekumpulan lelaki menyerang Khalid, menjerit “Hidup Pasir Salak! Hidup Pasir Salak!”.

Insiden itu menjadi semakin teruk apabila salah seorang daripada mereka jatuh ketika bergelut dengan pengawal keselamatan.

Kumpulan itu mengejar Khalid tetapi pengawal keselamatan berjaya melindunginya daripada dicederakan.

Semalam, 8 individu itu mohon dibicarakan terhadap pertuduhan ke atas mereka di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, kerana memprovokasi keamanan.

Semua individu terbabit, termasuk 2 dipercayai anak lelaki Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajudin Abdul Rahman – di mana Khalid dan Tajudin sebelum itu bertikam lidah di Dewan Rakyat pada November – membayar ikat jamin RM500 dengan seorang penjamin.

TAGS