Malaysia Dateline

Pandora Papers: LHDN, SPRM perlu siasat unsur ‘cuci wang’

Barangkali ramai yang terlepas pandang untuk membaca “Pandora Papers” yang mengaitkan kekayaan Daim dan anak anaknya di luar negara.

Pendedahan itu dibuat oleh Malaysiakini pada 4.10.2021. Ia mendedahkan bagaimana anak anak Daim memiliki aset pulohan juta.

Daim jelaskan semua kelayaan itu diperolehi secara sah. 100% halal. Dia berniaga sejak tahun 1960-an. Sudah 60 tahun. Sepatutnya kejayaan orang Malaysia macam dia diiktiraf.

Tanpa pendedahan itu, rakyat tidak tahu anak Daim jutawan sejak umur 9 dan 12 tahun. Rakyat tahu kekayaan anak Tun M. Kalau anak orang lain, mesti meletop panas.

Najib bukan jutawan. Tetapi dikorek sampai ke lubang cacing. Bahkan dimalukan. Aset disita. Diviral pula ratusan kotak barang cenderahati. Cubaan dibuat untuk kaitkan kotak kotak itu dengan duit curi 1MDB.

Bab ini Daim hebat. Dia berjaya mengelak kekayaannya dan keluarga menjadi isu besar dalam media. Bagaimana dia semakin kaya? Semoga ada siasatan khas dibuat.

Tetapi pendedahan itu menarik perhatian kita kepada satu rahsia besar. Iaitu Singapura digunakan untuk simpan duit di luar negara.

Singapura jadi pintu masuk mengalih aset ke tempat berlindung cukai atau untuk memiliki akaun luar pesisir di luar negara

Ini mengingatkan kita pendedahan SD suami Zeti dan dua anaknya yang menerima dana 1MDB dari Jho Low melalui akaun keluarganya di Singapura.

Ini juga menimbulkan persoalan, kenapa Tun M yang baru beberapa hari mengangkat sumpah sebagai PM ke 7 secara tiba tiba batalkan semakan kehakiman terhadap keputusan ICJ Pulau Batu Puteh milik Singapura.

Singapura bersorak gembira. Apakah wujud kowtim supaya apa apa rahsia di Singapura tidak bocor? Ini tanda tanya? Kenapa mengalah dan gadai kedaulatan negara?

Semoga LHDN dan SPRM siasat apakah ada unsur “money laundering” atau lain-lain kesalahan berkaitan “Pandora Papers” itu.