Panel 5 orang siapkan post mortem PRN Sarawak

Oleh MALAYSIADATELINE

Pakatan Harapan akan menyiapkan laporan post mortem yang menilai pengendalian proses pilihan raya negeri Sarawak yang diadakan pada 7 Mei lalu secara terperinci dan menyeluruh.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kumpulan post mortem PRN Sarawak itu akan disertai dikalangan lima tokoh dalam dalam PKR.

Pasukan in akan dipengerusikan oleh Dr Syed Hussein Ali dan dianggotai oleh Ketua Penerangan PKR,Dr Muhammad Noor Manuty, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin, Ahli Parlimen Selayang Willion Leong dan Datuk Saifuddin Abdullah.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada ribuan jentera PKR dan rakyat biasa yang memberi pelbagai maklumbalas dan nasihat kepada saya dan PKR mengenai Plihanraya Negeri Sarawak.

“Menyedari harapan tinggi yang diletakkan oleh rakyat agar PKR dan Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional (BN)dalam PRU14, saya mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa post mortem yang dianggotai pimpinan kanan parti.” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini menjelaskan pasukan ini mendapat mandat sepenuhnya dan parti untuk menyiapkan laporan bedah siasat untuk menilai pengendalian proses pilihanraya Sarawak.

“Dapatan dan saranan menambahbaik lagi pengendalian proses pilihanraya akan dibentangkan kepada Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat dalam tempoh selewat-lewatnya tiga minggu dari sekarang.

“Saya juga telah sempat berbincang pendek dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan dan Presiden Amanah Mohamad Sabu mengenai perkara ini dari perspektif Pakatan Harapan.

“Saya berdoa post mortem yang ikhlas dan tepat akan memberikan kebaikan kepada parti dan meningkatkan keyakinan anggota parti dan rakyat seluruhnya.” ujarnya.