Malaysia Dateline

Panggilan video Guan Eng kepada pemimpin PH sentuh perasaan

Panggilan video yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan dan Warisan sangat menyentuh perasaan pelbagai pihak yang menontonnya.

Antara yang disebut oleh Lim Guan Eng adalah “Mat ingat tak, selalu Mat ajar saya, amar makruf nahi mungkar.”

Ia dijawab oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu yang juga Mantan Menteri Pertahanan itu, “Ingat-ingat. Kita teruskan sampai bila-bila, sampai akhir hayat, perjuangan suci untuk menegak kebaikan, menentang kemungkaran.”

Kedua-dua rakan rapat ini tinggal bersama lebih setahun di Kem Tahanan Kemunting, ketika mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain Mohamad Sabu, bekas Menteri Kewangan ini menelefon Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Shafie Apdal dan juga Datuk Saifuddin Nsution Ismail (Ketua Setiausaha Pakatan Harapan).

Kepada Anwar, Guan Eng berkata, “Kita bersama-sama melawan Covid, kita lawan kemungkaran.”

Lalu dijawab Anwar, “Itu semangat Ramadhan dan semangat Aidil Fitri. Saya yakin dengan persahabatan dan kesetiaan saudara.”

Kepada Tun Dr Mahathir, Guan Eng berharap Mahathir menikmati Hari Raya.

Dr Mahathir membalas, “Saya hanya duduk rumah sahaja. Hanya anak-anak saja dibenar datang. Itupun bergilir-gilir.”

KLIK UNTUK SAKSI PANGGILAN VIDEO PENUH DARI LIM GUAN ENG