Malaysia Dateline

Panik jantung nak gugur mencari, ini 7 pengalaman lupa kronik kaum hawa yang lucu

Rakaman CCTV yang menunjukkan seorang wanita tiba-tiba panik mencari budak dipercayai anaknya menarik perhatian netizen memandangkan kanak-kanak itu elok saja didukung.

Rupa-rupanya, ramai kaum hawa mengakui pernah mengalami situasi yang sama daripada ‘hilang’ anak, telefon hinggalah cermin mata.

Berikut ini 7 pengalaman lupa kaum hawa yang lucu dikongsikan di media sosial:

  1. Ada atas riba

“Serius pernah jadi pada diri sendiri. Masa itu penat sangat baru kemas rumah, lepas tu sidai kain pula. Masuk rumah panggil semua anak-anak masuk.

“Tapi tengok tak cukup seorang yang paling kecil. Mula gelabah tanya si kakak, abang, mana adik mereka tapi semua pakat tengok kita.

“Kita pula yang tercengang tanya kenapa? Rupa-rupanya adik tu tengah elok atas riba kita saja.” – Balqis Ja’affar

  1. Terhimpit di kusyen

“Pernah jadi ikat anak guna kain batik dekat belakang badan. Sementara itu, memasak, kemas rumah. Lepas tu tengok katil kosong. Terus panik jantung rasa nak gugur.

“Dahlah anak baru belajar merangkak, dalam kepala dah fikir macam-macam. Buat panggilan video suruh suami balik.

“Tengah call tu duduk sofa nak rehat. Sekali terdengar anak menangis. Kesian, anak terhimpit kat kusyen sofa. Nasib baik ibu kurus kering. Tiada kemalangan jiwa.” – Sarah

  1. Buat kerja sekolah

“Musim PDPR dulu, bagi telefon pada anak suruh buat kerja sekolah. Lepas tu bising cari telefon tak jumpa, siap marah anak-anak siapa main phone ibu.

“Akhirnya, anak cakap, ‘kan ibu bagi suruh buat kerja sekolah. Rasa nak ketuk diri sendiri.” – Nurul Yaacob

  1. Terlekat di holder

“Nak pergi satu tempat ni pasanglah Waze. Dah sampai destinasi saya gelabah teruk cari telefon tak jumpa, siap bongkar handbag, bersepahlah barang.

“Nak call suami tanya sama ada telefon ada tertinggal di rumah pun tak boleh sebab phone ‘hilang’, ‘kan.

“Masuk kereta semula kemudian start enjin konon nak patah balik rumah nak cari telefon. Masa ni automatik tangan capai Waze nak isi alamat rumah.

Laaa… baru perasan itulah telefon yang dicari-cari tadi sebab dia terlekat di holder.” – Eqin Nusuri

  1. Rasa nak menangis

“Pernah cari telefon tak jumpa. Suluh pakai lampu phone cari bawah katil, penat cari, rasa nak menangis.

“Tiba-tiba mak call. Eh, eh, kenapa aku ni? Phone ada di tangan sejak tadi! Siap suluh bawah katil. Kadang-kadang kalau fikir macam tak logik. Tapi entahlah, hakikatnya begitu.” – Ida CJ Seven

  1. Double pakai spek

“Teringat mak saudara saya, di mata ada spek, atas kepala ada spek. Dia boleh tanya lagi, mana spek dia?

“Padahal, ada tu kat mata dengan atas kepala. Kadang-kadang dia double pakai kat mata.” – Siti Noradia.

  1. Pusing cari tudung

“Nak hantar anak sekolah tadika. Baru lepas hantar kakak dia, balik-balik terus bersiap nak hantar adiknya. Carilah tudung nak hantar anak dah ni.

“Pusing-pusing, jenguk-jenguk bilik, cari tudung. Rupa-rupanya balik tadi siapkan anak memang tak buka tudung pun. Punyalah kelam-kabut.” – Mika Miki Moka