Panik lihat pintu peti ais tercabut lepas buka, jawapan mak mentua buat wanita terkejut

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi pasangan yang baru berkahwin dan tinggal di rumah mentua mesti pada mulanya rasa tidak selesa.

Pastinya semua mahu menjaga adab dan lebih sopan apatah lagi bila setiap langkah diperhatikan orang lain.

Lain pula kejadian buat wanita di Indonesia, baru sehari tinggal bersama mentua, dia tanpa sengaja merosakkan pintu peti ais.

Menurut SindoNews, wanita dikenali sebagai Della itu memuat naik mengenai kejadian tersebut di akaun @dellakaristian05.

Bimbang dimarahi kerana merosakkan barangan di rumah mentuanya dia lantas menghantar mesej kepada ibu suaminya itu.

Namun jawapan yang diberikan ibu mentuanya sangat menyejukkan hati apabila dia memaklumkan tidak akan marah disebabkan hal kecil.

“Insya-Allah, mama tidak akan menjadi mentua yang pentingkan diri sendiri dan mencampuri urusan anak-anak. Kalau salah akan menasihati sahaja.

“Berdasarkan pengalaman, mama sakit hati bila dimarahi mentua,” ujar mesej Della bersama mentuanya.

Bukan hal kecil namun tindakan ibu mentuanya itu dilihat memahami situasi kerana mungkin pernah berada dalam situasi yang sama.

Baca juga: Jangan tertipu dengan pekerja bertudung, restoran tular di Teluk Intan tiada sijil halal