Malaysia Dateline

Panpages kini dikenali MSCM Holdings

Panpages Bhd mengumumkan penukaran namanya kepada MSCM Holdings Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata saham syarikat itu akan didagangkan dan disebut harga menggunakan nama baharu dan nama pendek saham MYSCM, berkuat kuasa 9 pagi, 11 Mac, 2019.

“Nombor saham bagaimanapun tidak berubah,” katanya.

— BERNAMA