Pantai pelancongan paling popular Kelantan dah jadi lubuk pembuangan sampah, apa dah jadi?

Oleh NASUHA RAHMAN

Pusat pelancongan menjadi mercu tanda sebuah negeri sama ada pantai dan tempat perkehlahan air terjun, namun apa dah jadi dengan kawasan pantai dengan kehadiran sampah yang berlonggok di sana sini.

Pantai adalah sebuah lokasi yang sering dikunjungi oleh orang ramai yang mahu beriadah dan menenangkan diri.

Namun bagaimana pula jika pantai yang indah dipenuhi sampah sarap? Daripada nak tenang terus jadi stres!

Itulah yang dihadapi oleh pengacara, Hunny Madu apabila dia mengunjungi Pantai Bisikan Bayu, di Pasir Putih, Kelantan.

Menerusi perkongsian wanita tersebut dalam satu video, dia meluahkan rasa kecewa terhadap tahap kebersihan pantai tersebut yang dilihat seperti sebuah tempat pelupusan sampah.

Pantai Bisikan Bayu mempunyai pemandangan laut yang indah, namun kawasan lapang di situ dipenuhi dengan sampah sarap dan seolah-olah tidak diselenggara oleh pihak berwajib.

Meskipun terdapat kawasan perumah penduduk tempatan di situ, longgokan sampah di sekitar pantai masih boleh dilihat dengan jelas.

Difahamkan, pantai tersebut terkenal dalam kalangan pengunjung dan penduduk setempat, menimbulkan persoalan adakah ini hasil daripada sikap pengunjung yang tidak bertanggungjawab?

Perkongsian tersebut ternyata tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai. Menurut seorang individu yang juga warga Kelantan, dia turut mengakui tahap kebersihan di negeri berkenaan sangat teruk dan tidak memuaskan.

“Saya orang Kelantan. Saya memang setuju yang negeri Kelantan memang kotor. Sanggup tahan nak buang air di rumah dari singgah mana-mana stesen minyak, surau atau masjid sebab tandasnya memang kotor,” komen seorang individu.

Dalam pada itu, tindakan pengacara ini yang berkongsikan keadaan semasa di pantai tersebut ternyata menerima sokonan ramai.

Jelas mereka, perkongsian ini boleh memberi kesedaran kepada masyarakat agar menjaga kebersihan di tempat awam.

“Biar orang buka mata sedikit. Takkan nak harap tukang bersih majlis datang cuci. Yang berkhemas itu atau keluarga kena mula belajar bawa plastik sampah sendiri. Perkongsian yang bagus”, tulis seorang individu di ruangan komen.

Baca juga: Punca sukar dapat watak remaja kolej, Mia Sara akhirnya dedah rupanya…