Pantun Mujahid buat Mahfuz

Pantun Mujahid buat Mahfuz

Mengulangi apa yang pernah beliau lakukan sewaktu Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dilabelkan sebagai “mayat yang dah lama mati, belum tanam lagi” oleh pemimpin Pas, Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sekali lagi menyediakan pantun buat Mahfuz Omar.

Kali ini pantun dibuat setelah Mahfuz beserta Dr Rosli Yaakob mengisytiharkan diri menyertai parti AMANAH.

“Alhamdulillah hari ini 15 Mac 2018, telahan saya Datuk Mahfuz akan masuk AMANAH dah terbukti benar. Dr Rosli Yaakop pun dah isytihar masuk AMANAH.

“Di bawah adalah tambahan rangkap pantun daripada yang dulu. Mahfuz Omar boleh balas pantun ini kalau rajin,” tulis Ahli Parlimen Parit Buntar itu dalam Facebooknya.

Ada sorang keluar parti
Mati lama baru tanam katanya
Kalau hidup dah macam mati
Bukankah orang itu zombi namanya?

Zombi bukan sebarang zombi
Pakai baju buka butang
Walaupun jawapan gred B
Sekali cakap lintang pukang

Panjat gunung bernama Jerai
Sampai di atas lelaki jati
Habis binatang cukup senarai
Sekarang berkias pasai mati

Tuan hamba saja hendak bertanya
Apa sebab ramai yang ketawa
Mahfuz keluar apa sebabnya?
Jangan hanya pandai berfatwa

Jangan bagi jawapan mudah
Jangan hidup jadi punah
Segala misteri terungkai sudah
Dato’ Mahfuz kini dah jadi AMANAH

Pedih sungguh arjuna memanah
Buat salah kena serkup
Sorang lagi masuk AMANAH
Bersama Mahfuz, Dr Rosli Yaakob

Pemimpin AMANAH dikata Bangla
Pas dah jadi parti kuno
Buat rakyat pening kepala
Tak sedar diri tongkat Umno

Apakan daya lembab berfikir
Banyak makan kueh serabai
Meroyan memaki jadi zikir
Patutlah Mahfuz ucap ‘bye bye’

Tinggalkan alam haru-biru
Terbanglah seperti si rama-rama
Selamat Datang ke alam baru
Mahfuz dan Rosli semarak bersama

SELAMAT DATANG

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 9.0
CATEGORIES
TAGS