Ramai kurang cakna tentang bahaya menggunakan papan pemotong yang sudah hitam dan kotor – di mana fakta menyatakan bahawa alat dapur itu boleh menjadi 200 kali ganda lebih kotor daripada tandas rumah anda.
Public Health Malaysia (PHM) pernah menyentuh mengenai isu ini dalam satu posting di Facebook 3 tahun lalu.
Nak tahu yang lagi menggelikan? 1cm persegi kawasan papan pemotong anda sebenarnya mempunyai lebih daripada 24,000 bakteria yang mana jumlahnya lebih 200 kali ganda daripada kuman yang ada pada tempat duduk di tandas!
Tetapi jangan khuatir, ada cara bagaimana untuk anda mencuci papan pemotong yang sudah hitam dan berdaki.
Portal MyResipi berkongsikan cara mudah dan berkesan untuk membersihkan papan pemotong anda dengan menggunakan 3 bahan dapur iaitu, limau nipis, baking soda dan cuka.
Bahan-bahan:
Limau nipis
Baking soda
Cuka
Cara-cara:
- Belah limau nipis kepada dua bahagian.
- Kemudian, taburkan baking soda ke atas permukaan papan pemotong.
- Gosok papan pemotong menggunakan limau nipis yang sudah dipotong tadi. Biarkan seketika selama 10 minit.
- Selepas itu, ambil potongan limau yang baru dan sambung gosok pada permukaan papan pemotong.
- Seterusnya tuangkan cuka. Gosok lagi sehingga semua kotoran pada papan pemotong hilang. Boleh guna berus besi untuk menyental supaya kotoran cepat hilang.
- Bilas sehingga bersih. Hasilnya papan pemotong akan kelihatan bersih dan seakan baru dibeli.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Suka pesan kerabu di kedai makan? Ini 5 jenis resipi yang anda boleh cuba dekat rumah, jimat kos