Paracetamol bukan sahaja legakan sakit kepala tapi boleh suburkan pokok diserang serangga

Oleh NASUHA RAHMAN

Paracetamol bukan sahaja legakan sakit kepala tapi boleh suburkan pokok yang diserang serangga.

Pokok yang mengalami masalah daun dimakan ulat, daun berkerinting, buah pula selalu busuk, adalah tanda pokok yang ditanam sedang ‘sakit’.

Kalau orang yang sakit kepala boleh dilegakan dengan paracetamol pokok yang mengalami masalah seperti ini juga boleh diubati dengan paracetamol.

Bagaimana mahu menyihatkan pokok yang sakit ini, Che Din ada caranya;

Ambil pil paracetamol ikutlah jenama apa sekali pun

Belah pil itu 2 atau 4 bahagian

Tanamkan ke tanah di pokok yang sakit itu

In Sha Allah pokok akan sihat dan daun pokok segar serta buah tidak lagi busuk.

Justifikasi ia, paracetamol terkandung dadah, bila kita tanam, pokok akan menyerap dadah dari paracetamol dan menyebar ke seluroh jasad pokok.

Oleh itu, daun akan menjadi pahit dan ulat serangga akan hindari pokok tersebut selama mana Paracetamol ada dalam jasad pokok.

Selamat mencuba.