Malaysia Dateline

Paras air Sungai Dungun kini melebihi paras berjaga-jaga

Paras air Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja kini melebihi paras berjaga-jaga manakala Sungai Kemaman masih berada di bawah paras berjaga-jaga.

Portal publicinfobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja telah mencapai 36.05 meter, melebihi paras berjaga-jaga iaitu 36.00 meter pada 11.45 pagi tadi.

Paras air Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman masih di bawah paras berjaga-jaga iaitu 0.27 meter pada 12 tengah hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran cuaca (waspada) iaitu hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda Dungun dan Kemaman di Terengganu, Kuantan (Pahang) dan Kota Tinggi, Johor sehingga esok.