Malaysia Dateline

Paras air sungai melebihi tahap amaran dan bahaya di Terengganu, Kelantan

Dua negeri di Pantai Timur Semenanjung mencatatkan paras air melebihi tahap amaran dan bahaya menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Di TERENGGANU, tiga stesen JPS merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya antara 8.64m hingga 36.48m sehingga pukul 7 pagi tadi iaitu:

  • Sg. Besut di Jambatan Keruak, Besut – 36.48m
  • Sg. Besut di Kg. La, Besut – 22.11m
  • Sg. Chalok di Jambatan Chalok, Setiu – 8.64m

Tiga lagi stesen merekodkan bacaan air sungai melepasi paras amaran iaitu:

  • Sg. Nerus di Kg. Langkap, Setiu – 20.95m
  • Sg. Peneh di Felda Mengkawang, Hulu Terengganu – 37.41m
  • Sg. Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu – 19.59m

Di KELANTAN, stesen Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya setakat jam 7 pagi tadi.

Menerusi laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, stesen itu merekodkan bacaan
24.51meter (m) berbanding 23.50m yang ditetapkan bagi paras bahaya.

Empat stesen lagi mencatatkan bacaan air sungai melepasi paras amaran iaitu:

  • Sg. Pergau di Jambatan Jerimbong, Kuala Balah di Jeli – 53.82m
  • Sg. Lanas di Air Lanas di Jeli – 29.22m
  • Sg. Golok di Rantau Panjang di Pasir Mas – 8.74m
  • Sg. Golok di Kuala Jambu di Tumpat – 2.26m