Seorang individu yang merupakan ahli perniagaan meluahkan rasa terkilan selepas ibu bapanya memandang rendah kepadanya hanya kerana dia tidak membawa kereta murah seperti hari-hari kebiasaannya.
Menerusi perkongsian di Threads yang tular di Facebook, individu itu berkata dia kebiasaannya memandu kereta mewah.
Namun pada hari itu, dia meminjam kereta Perodua Alza milik pekerjanya untuk membawa ibu bapa makan.
Tidak disangka perkara itu tidak disenangi ibu bapanya sehingga mengeluarkan kata-kata yang menggores perasaan.
“Saya ahli perniagaan. Selalu bawak kereta mewah. Sekali tu, bawa kereta staf Alza untuk bawak ibu bapa makan-makan. Saja je.
“Masa ambil dari valet, dia orang macam tak nak naik. Lepas dah hantar rumah, dia orang pesan, ‘Kau kalau pakai kereta ni, tak payah balik raya. Nanti orang ingat kau miskin.’ Terkedu masa tu.
“Antara banyak peristiwa sedih, ni paling melekat kat otak. Rendahnya nilai diri aku di keluarga. Dinilai sebagai duit dan harta bukan sebagai manusia,” luahnya.
Perkongsian itu tular sehingga mendapat perhatian ramai.
Pengguna media sosial berpendapat ada kalanya lebih baik untuk seseorang itu kekal “low profile” untuk melihat warna sebenar orang di sekeliling.
Baca juga: Isteri nekad pasang cctv, pelik suami selalu call anak saudara walaupun serumah