Malaysia Dateline

Parit pula umum tidak sokong kerajaan PN, setia keputusan parti

Ahli Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria yang disenaraikan oleh Ismail Sabri Yaakob menyokong Mahiaddin Md Yassin tetapi tidak hadir dalam sidang media semalam, kini patuh dengan keputusan Umno.

Dalam postinya yang ringkas di Facebook Nizar berkata, sebagai ahli parti beliau harus mengikuti keputusan parti.

“Saya Patuh kepada keputusan parti.

“Parti melalui MKT telah membuat keputusan serta ketetapan.

“Sebagai ahli parti saya ikut keputusan parti,” katanya.

Semalam di dalam sidang media Ismail Sabri memberitahu Ahli Parlimen Parit antara yang menyokong kerajaan PN dan Mahiaddin bagaimanaun beliau tidak hadir.

Sehingga hari ini keabsahan kerajaan PN terus dipertikaikan apabila Ismail Sabri sendiri mengumumkan hanya 31 Ahli Parlimen bersama mereka sehingga September nanti.

BN Selangor pula menafikan Mahiaddin mempunyai majoriti kerana beliau hanya mempunyai 103 sokongan sedangkan beliau perlu majoriti 111 Ahli Parlimen.