Parit Yaani mahukan Aminolhuda lagi

Parit Yaani mahukan Aminolhuda lagi

Lumrah diri seorang Yang Berhormat (YB) atau wakil rakyat menjadi seorang individu yang disegani dan dihormati terutamanya bagi masyarakat melayu. Selain disegani dan dihormati, rakyat sentiasa memerlukan seorang wakil rakyat yang mudah ditemui bagi meluahkan rasa mereka.

Personaliti itulah yang dimiliki oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Yaani yang juga merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor Aminolhuda Hassan.

Sesampai sahaja di Pekan Tongkang Pechah, Aminolhuda telah disambut mesra oleh penduduk kampung yang mahukan sentuhan beliau sebagai seorang wakil rakyat.

Segala luahan dan pandangan telah disuarakan rakyat ke atas diri beliau.

Sambutan tersebut memperlihatkan bahawa susuk tubuh seorang tokoh masyarakat seperti Aminolhuda itu memang sudah mesra dan kerap ditemui oleh orang tempatan sedang beliau tidak langsung membawa suatu simbol yang mempamerkan dirinya seorang Adun atau wakil rakyat.

Aminolhuda (dua dari kanan) ketika menghadiri pengkebumian seorang penduduk kampung.

Menurut pandangan orang kampung yang dikenali dengan nama Ah Heng, berkata, Aminolhuda mudah ditemui dan ia amat baik bagi seorang yang menjadi wakil rakyat di sini untuk terus berkhidmat membantu rakyat.

Selain itu responden seperti, Ahmad Rashidi melihat Aminolhuda dilihat mesra oleh penduduk kampung dan jika Aminolhuda diberi pilihan untuk terus berkhidmat di sini (Parit Yaani) maka sokongan akan terus diberikan pada beliau kerana khidmat yang dijalankan oleh Aminolhuda amat baik.

Jadi dari ukuran dalam tinjauan yang dilakukan, bolehlah dikatakan sambutan yang hangat terhadap batang tubuh wakil rakyat di Parit Yaani sangat positif. Hal ini dicerminkan lagi dengan program-program dilakukan oleh beliau yang sering kali mendapat sambutan yang menggalakkan.

Apabila beliau keluar sahaja dari keretai, beliau telah disambut oleh penduduk kampung yang sedang membeli belah di pasar pagi Tongkang Pechah.

Selain itu, cakap-cakap apabila beliau melalui sekitar pasar pagi itu amat positif dengan orang ramai yang rata-ratanya orang tempatan berbual terhadap kebaikan beliau.

Itulah hasil dar pemantauan terhadap satu-satunya Adun dari AMANAH di Johor ini dan ia amat positif. Ini adalah sebagai suati reaksi yang menarik bagi diri Aminolhuda yang menjadi pengerusi bagi parti baru seperti AMANAH.

Pendekatan yang dilakukan beliau bersesuaian bagi keadaan seperti kawasan kampung dan sememangnya pemerhatian yang dibuat ini positif walaupun umum mengetahui beliau adalah wakil rakyat dari parti pembangkang. Inilah kemesraan yang lahir bagi masyarakat di Dun Parit Yaani.

 

9.2
OVERALL SCORE
: 9.0
4 user votes x 9.3