Malaysia Dateline

Parlimen: Akses pendidikan kanak-kanak tiada kewarganegaraan dibincang secara komprehensif

Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang giat melaksanakan sesi perbincangan komprehensif bersama agensi berkaitan bagi mendapatkan maklum balas berhubung akses pendidikan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen kewarganegaraan.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memberi jaminan hasil perbincangan komprehensif bersama agensi seperti Jabatan Pendaftaran, Jabatan Imigresen dan Majlis Keselamatan Negara akan memastikan semua kanak-kanak terlibat akan mendapat akses pendidikan yang menyeluruh.

–BERNAMA