Amanah kawasan Batu santuni rakyat miskin di Sik

Amanah kawasan Batu santuni rakyat miskin di Sik

Sejumlah 100 kampit beras bakal diagihkan kepada penduduk miskin di Parlimen Sik mulai pagi ini melalui Misi Kemanusiaan Amanah Batu dan Jawatankuasa Perpaduan Kampung Banda Dalam (Padu).

Terdahulu konvoi yang turut membawa barangan dapur seperti tepung, minyak masak dan kopi itu tiba di Sik menjelang Subuh tadi dengan disambut oleh Timbalan Ketua Amanah Sik, Cikgu Rashid.

Beliau dalam ucapannya selepas solat Subuh berjemaah tadi mengalu-alukan kehadiran rombongan Batu-Padu serta memaklumkan perkembangan tempatan semasa.

“Ramai penduduk setempat dari saluran satu bahkan tiga bersimpati dengan perjuangan Amanah.

“Mereka mahu menyertai Amanah tetapi buat masa ini tidak dapat lagi menunjukan sokongan secara terbuka kerana cara hidup penduduk yang saling bergantung antara satu sama lain,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Amanah Batu, Tarmizi Mat Jam dalam ucapannya berharap hubungan lebih erat dapat dijalin bersama Sik bagi menyebarkan manfaat kepada rakyat.

TAGS