Malaysia Dateline

Parlimen: Buat aduan jika berlaku diskriminasi gaji berdasarkan gender

Kementerian Sumber Manusia mengalu-alukan kesatuan sekerja pelbagai sektor untuk memaklumkan sebarang aduan yang diterima berhubung diskriminasi penerimaan gaji berdasarkan faktor gender.

Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata kementerian telah memperkenalkan Indeks Gaji Kebangsaan sebagai rujukan majikan dalam menetapkan gaji permulaan pekerja tanpa mengira faktor gender namun perlu berada di atas paras gaji minima RM 1,100 seperti yang ditetapkan kerajaan.

— BERNAMA