Parlimen bubar selepas persempadanan semula SPR diluluskan

Parlimen bubar selepas persempadanan semula SPR diluluskan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membayangkan pembubaran Parlimen akan dibuat selepas pembentangan cadangan penyusunan semula persepadanan kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian kepada media mengenai apa yang sedang berlaku di Dewan Rakyat, yang akan berlangsung sehingga 5 April ini manakala Dewan Negara akan memulakan mesyuaratnya pada hari Khamis.

Beliau berkata penggubal undang-undang kini membahaskan usul ucapan terima kasih kepada Titah Ucapan Diraja yang akan diikuti dengan pembentangan dan penggulungan oleh menteri.

“Kemudian kita akan membincangkan usul mengenai persempadanan semula yang dicadangkan. Selepas ia diperdebatkan dan diluluskan, ia akan diwartakan setelah menerima persetujuan Diraja,”katanya pada dialog bersama editor media cetak dan media elektronik serta pemilik syarikat penerbitan hari ini.

Sambungnya lagi, selepas itu, Parlimen akan dibubarkan dan SPR akan mengumumkan tarikh pencalonan dan pengundian.

“Ini semua yang saya dapat beritahu kepada anda kerana ini adalah maklumat rasmi, “katanya.

Walau bagaimanapun, Dr Ahmad Zahid tidak tahu bila Parlimen akan dibubarkan.

Beliau berkata, Parlimen akan dibubarkan antara akhir bulan Mac dan awal April. Tempoh semasa lima tahun akan berakhir pada 24 Jun ini.

Beliau yakin cadangan penyusunan semula itu akan diluluskan kerana jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) – dengan 132 penggubal undang-undang – lebih daripada 111 majoriti mudah diperlukan.

Majoriti mudah ialah 111 undi kerana kini terdapat 220 anggota Parlimen. Dewan Rakyat mempunyai 222 ahli parlimen tetapi dua Ahli Parlimen Jelebu Datuk Zainudin Ismail dan Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail – meninggal dunia baru-baru ini.

Beliau juga berkata setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat, usul itu tidak akan dibawa ke Dewan Negara.

Walaupun beliau tidak mengulas lanjut, namun dimaklumkan penyusunan semula parlimen dan kawasan pilihan raya akan dikuatkuasakan sebaik sahaja ia menerima persetujuan diraja dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong.

Minggu lalu SPR dipetik berkata telah mengemukakan laporan akhir mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya untuk kawasan parlimen dan negeri kepada Perdana Menteri.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, berkata langkah persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 113 (10) Perlembagaan Persekutuan, telahpun selesai.

 

CATEGORIES